111 Orang PATI Indonesia Dihantar Pulang

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menghantar balik seramai 111 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia hari ini.
0
186

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menghantar balik seramai 111 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia hari ini.

Pengarah MKN Sabah, Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua PATI diusir melalui jalan laut ke Nunukan melalui Pelabuhan Tawau.

Program penghantaran pulang PATI ke negara asal tahun ini merupakan siri ke-sembilan melibatkan 2-ribu 105 warga Filipina dan Indonesia , menjadikan jumlah pengusiran sejak tahun 1990 seramai 593-ribu 362 orang yang dilaksanakan Jabatan imigresen.

Comments are closed.