16 polis ditahan terlibat dadah

Enam belas pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan kerana terbabit dalam dalam penyalahgunaan dadah sepanjang Op 'Blue Devil' peringkat Kontinjen Perak yang dilaksanakan sejak 12 Ogos lalu.
0
595

IPOH, 21 Nov — Enam belas pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan kerana terbabit dalam dalam penyalahgunaan dadah sepanjang Op ‘Blue Devil’ peringkat Kontinjen Perak yang dilaksanakan sejak 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata enam daripada mereka sudah didakwa, manakala selebihnya sedang dalam siasatan sebelum dituduh di mahkamah.

Menuurtnya sejak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melancarkan ‘Op Blue Devil’ pada Ogos lepas seramai 431 pegawai serta anggota telah diberiksa.

“Op ‘Blue Devil’ dilancarkan bertujuan membersihkan pasukan daripada gejala najis dadah,” katanya kepada pemberita pada program Pelupusan Barang Kes Dadah JSJN 2019 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata secara keseluruhan bagi tempoh Jan hingga Okt tahun ini tangkapan dadah menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus atau 1,670 yang menyaksikan 11,138 orang diambil tindakan atas pelbagai kesalahan berbanding 9,468 bagi tempoh sama tahun lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut JSJN Perak melalui tindakan serbuan dan operasi berjaya merampas kira-kira-kira 97 kilogram pelbagai jenis dadah dengan anggaran nilai lebih RM7 juta.

“Selain itu, pelbagai jenis harta pengedar dadah turut disita yang dianggarkan bernilai RM5.6 juta antaranya kenderaan, rumah, wang tunai dan di dalam akaun dan barang kemas,” katanya.

Pada program hari ini, sebanyak 251 kilogram pelbagai jenis dadah dan 880 liter pelbagai jenis cecair disyaki dadah yang bernilai RM714,047 dilupuskan.

Pelupusan barang kes dadah meliputi 3,096 kes yang telah selesai perbicaraan bagi tahun 2000 hingga 2019 merangkumi 3,500 tangkapan.

Leave a reply