20 rumah musnah dalam kebakaran Jalan Haji Sundu,Tawau

Dianggarkan lebih 20 buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Sundu, Batu 2, Jalan Apas, di sini, tengah hari tadi.
0
25

TAWAU: Dianggarkan lebih 20 buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Sundu, Batu 2, Jalan Apas, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, orang ramai dilihat berusaha menyelamatkan harta benda, selain cuba membantu memadamkan kebakaran sementara menunggu kehadiran pihak bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pegawai Kanan Bomba II Sukur Hatta berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.28 tengah hari tadi.

“Seramai 40 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

“Bagaimanapun, keadaan cuaca yang panas dan berangin menyebabkan api cepat merebak sehingga memusnahkan lebih banyak kediaman yang diperbuat daripada struktur separa kekal,” katanya.

Tambah Sukur, dianggarkan lebih 20 buah rumah musnah dalam kejadian tersebut.

“Sehingga pukul 2 petang tadi, kami belum menerima sebarang aduan kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Api berjaya dikawal pada pukul 1.35 petang tadi,” katanya.

Comments are closed.