3 minggu buruk buat Liverpool

Klopp membuat tujuh perubahan daripada skuad yang tewas buat pertama kali dalam 45 perlawanan Liga Perdana di Watford awal pagi Ahad lalu tetapi masih dianggap kuat berbanding pasukan muda yang menyingkirkan Everton dan Shrewsbury untuk ke pusingan kelima.
0
250

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan musim terbaik Liverpool masih belum tamat walaupun tewas buat kali ketiga dalam empat perlawanan yang menyaksikan pasukan itu tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 2-0 di tangan Chelsea pagi tadi.

Klopp membuat tujuh perubahan daripada skuad yang tewas buat pertama kali dalam 45 perlawanan Liga Perdana di Watford awal pagi Ahad lalu tetapi masih dianggap kuat berbanding pasukan muda yang menyingkirkan Everton dan Shrewsbury untuk ke pusingan kelima.

Bagaimanapun gol Willian dan Ross Barkley memberikan skuad kendalian Frank Lampard kemenangan amat diperlukan di Stamford Bridge.

“Tewas 2-0 tidak bagus, tapi ia mudah untuk menerangkannya. Kami membuat dua kesilapan besar terhadap gol itu,” kata Klopp.

Liverpool masih kekal di landasan untuk meraih gelaran liga buat kali pertama dalam 30 tahun dengan kelebihan 22 mata di persada Liga Perdana, namun kempen mereka boleh tamat lebih awal kecuali dapat menukar kekalahan 1-0 pada pusingan pertama berdepan Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara minggu depan.

“Ia bukanlah tempoh tiga minggu yang terbaik sepanjang musim ini tetapi ada peluang untuk menjadikannya tiga minggu terbaik ketika ini dan itulah perancangannya,” kata Klopp.

“Tiada siapa perlu bersimpati dengan kami, kami akan menang perlawanan dan itulah yang kami mahu lakukan pada Sabtu.”

Menang lima perlawanan dalam 16 saingan liga serta tewas 3-0 di laman sendiri kepada Bayern Munich pada pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara memberikan tekanan terhadap Chelsea untuk mendapatkan kejuaraan musim ini.

“Kami bukanlah Chelsea daripada era berbeza bersama (Eden) Hazard dan (Diego) Costa, (John) Terry dan (Didier) Drogba, kami ada pemain muda tetapi kami cuba kurangkan jurang itu,” kata Lampard.

“Saya tidak boleh minta lebih lagi daripada segi semangat, kerja keras dan kualiti. Anda perlu bertahan sangat baik untuk tidak bolos berdepan mereka.” – AFP

Comments are closed.