35 RUMAH HANGUS DITELAN API DI SANDAKAN

Sebanyak 35 rumah perkampungan atas air di Kampung Bungaya, Batu Sapi di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini
0
210

SANDAKAN: Sebanyak 35 rumah perkampungan atas air di Kampung Bungaya, Batu Sapi di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jimmy Lagungg berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 pagi tentang kejadian itu.

“Bomba telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 35 buah rumah musnah sepenuhnya.

“Operasi pemadaman api selesai sepenuhnya pada pukul 2.35 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Katanya, seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak sedarkan diri ketika membantu memadam api, namun telah menerima rawatan dan dalam keadaan stabil.

Menurut beliau, sebanyak 20 anggota telah ditugaskan ke lokasi menggunakan Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan empat buah kenderaan utiliti.

“Punca kabakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya

Leave a reply