4 REMAJA BASIKAL LAJAK DITAHAN

Empat remaja lelaki ditahan selepas menunggang basikal lajak diubah suai tanpa kelengkapan brek di Taman Tasik Tambahan, Ampang, petang semalam.
0
194

KUALA LUMPUR: Empat remaja lelaki ditahan selepas menunggang basikal lajak diubah suai tanpa kelengkapan brek di Taman Tasik Tambahan, Ampang, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, remaja berusia antara 11 hingga 15 tahun itu ditahan sekitar 3 hingga 5 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Mereka yang masih bersekolah ditahan dalam tugas pemantauan basikal lajak dijalankan BSPT IPD Ampang Jaya.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua basikal mereka diubah suai dan tidak mempunyai ciri keselamatan seperti tiada sistem brek yang merupakan kesalahan mengikut Kaedah 42(1)(A) LN166/59,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja berkenaan dibawa ke BSPT Ampang Jaya dan basikal mereka disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis sudah memanggil ibu bapa serta penjaga semua remaja berkenaan untuk sesi kaunseling dan amaran keras.

“Mereka dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan polis akan merujuk kes itu ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Leave a reply