7-ELEVEN PERKENAL AISKRIM TERBARU PERISA CILI & LIMAU

Jika sebelum ini 7-Eleven memperkenalkan aiskrim perisa Salteg Egg, kali ini kedai serbaneka terkemuka itu memperkenalkan aiskrim perisa baharu yang memang lain dari yang lain iaitu ‘Aiskleem Roaring Limau’.
0
307

Boleh dikatakan apa saja makanan atau minuman unik di pasaran sekarang pasti akan menjadi fenomena. Maklumlah, sekarang ini rata-rata pengusaha makanan berlumba-lumba untuk memperkenalkan menu yang viral dan rare.

Jika sebelum ini 7-Eleven memperkenalkan aiskrim perisa Salteg Egg, kali ini kedai serbaneka terkemuka itu memperkenalkan aiskrim perisa baharu yang memang lain dari yang lain iaitu ‘Aiskleem Roaring Limau’.

Kebiasaannya aiskrim didatangkan dengan rasa manis dan berkrim, tetapi berbeza dengan aiskrim ini yang menggabungkan rasa limau dan cili.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana rasa ‘Aiskleem Roaring Limau’ ini. 7-Eleven menerusi Instagram ada memberitahu aiskrim keluaran mereka itu dikatakan ‘menyegarkan dan pedas’.

Harga yang ditawarkan hanya RM2.50 dan aiskrim ini hanya boleh didapati cawangan 7-Eleven Malaysia yang terpilih sahaja. Anda boleh semak di sini.

Tunggu apa lagi, boleh la ajak kawan-kawan anda yang ‘hantu’ salted egg untuk nikmati aiskrim ‘Aiskleem Roaring Limau’ di cawangan terpilih.

Leave a reply