Ahli politik kerajaan atau pembangkang perlu gencatan politik,pemuda UMNO

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga menyarankan ahli politik tidak kira daripada gabungan parti dalam kerajaan mahupun pembangkang segera melakukan gencatan politik buat seketika merealisasikan agenda pemulihan ekonomi rakyat.
0
36

PERGERAKAN Pemuda Umno akan menggerakkan jentera di 191 bahagian bagi memantau pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Ia juga bertujuan memberikan maklum balas daripada semasa ke semasa kepada kerajaan untuk memastikan objektif pemulihan ekonomi negara mampu direalisasikan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga menyarankan ahli politik tidak kira daripada gabungan parti dalam kerajaan mahupun pembangkang segera melakukan gencatan politik buat seketika merealisasikan agenda pemulihan ekonomi rakyat.

Katanya, tempoh tiga hingga enam bulan akan datang adalah saat paling getir buat rakyat untuk kembali menyesuaikan diri dalam kehidupan yang mencabar lantaran kegawatan ekonomi semasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19.

Pemuda Umno menyambut baik pengumuman 40 inisiatif dan insentif di bawah Penjana kelmarin yang bersifat menyeluruh dan mencakupi semua pihak termasuklah golongan pekerja, perusahaan kecil dan sederhana, belia dan rakyat biasa di pelbagai peringkat.

Walaupun terpaksa menghadapi serangan, tohmahan, dan kegilaan politik sesetengah pemimpin serta parti politik yang cuba mengganggu gugat kestabilan pentadbiran, wujudnya pelan Penjana ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Comments are closed.