AirAsia Memulakan Penerbangan Ke Narita Tokyo

AirAsia membuat penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita hari ini, perkhidmatan bagi laluan baharu yang membuktikan komitmen AirAsia dalam mempercepatkan pertumbuhannya di Jepun.
0
192

KUALA LUMPUR, 21 Nov — AirAsia membuat penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita hari ini, perkhidmatan bagi laluan baharu yang membuktikan komitmen AirAsia dalam mempercepatkan pertumbuhannya di Jepun.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata penerbangan empat kali seminggu tersebut akan menawarkan lebih 150,000 tempat duduk tambahan setahun menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Langkah itu sekali gus membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Olimpik Tokyo 2020, menurut AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata penerbangan sulung ke Tokyo Narita itu dilakukan menggunakan pesawat AirAsia A330 dengan dfilengkapi perkhidmatan AirAsia WiFi yang membolehkan tetamu melayari video dan berhubung serta langsung di samping mengemas kini laman media sosial mereka dari paras 35,000 kaki di atas awan.

AirAsia kini menawarkan tambang termasuk semua daripada RM539 bagi tempat duduk standard dan RM1,499 bagi tempat duduk ‘Premium Flatbed’ (khusus kepada ahli AirAsia BIG sahaja) untuk laluan sehala Kuala Lumpur-Tokyo Narita.

Tawaran itu tersedia untuk tempahan di airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia mulai hari ini sehingga 24 Nov, 2019 bagi perjalanan sehingga 28 Mac, 2020.

AirAsia X adalah kumpulan syarikat penerbangan terbesar dalam sektor tambang rendah jarak jauh di Jepun, mengoperasikan hampir 110 penerbangan seminggu termasuk 12 laluan antarabangasa dan domestik ke dan dari Jepun.

Leave a reply