APMM Tawau Tahan Rampas Tiga Mesin Judi, Seorang Warga Indonesia Ditahan

0
205

TAWAU; 10 OKTOBER 2019 (Khamis) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lelaki Warga Indonesia selepas bot penumpang yang dijuragani dikesan membawa muatan tiga buah mesin judi permainan ‘Wukong’ tanpa sebarang dokumen kebenaran, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 50 tahun berkenaan ditahan semasa menuju masuk ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik dari Jeti Penumpang Pelabuhan Tawau kira-kira pukul 8 pagi.

Beliau berkata, selain mesin judi, pihaknya turut merampas bot penumpang terbabit dengan nilai anggaran keseluruhan rampasan sebanyak 56-ribu ringgit.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen bot.

Leave a reply