Assaffal Menyelar Tindakan Bunuh Gajah

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assaffal P. Alian menyelar tindakan pelaku jenayah membunuh seekor gajah Borneo di Sukau Kinabatangan, kelmarin.
0
157

TAWAU: Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assaffal P. Alian menyelar tindakan pelaku jenayah membunuh seekor gajah Borneo di Sukau Kinabatangan, kelmarin.

Beliau berkata, pembunuh gajah Borneo itu tidak akan terlepas dan pihak kerajaan akan berusaha mencari pemburu haram terbabit sehingga mendapat hukuman yang sepatutnya.

“Kita beri amaran kepada pelaku jenayah terbabit supaya berhati-hati dan bersedia menerima hukuman daripada pihak kerajaan kerana gajah merupakan haiwan terlindung sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui wartawan sempena Wonderful Indonesia Festival 2019, di sini semalam.

Beliau berkata, negeri Sabah sudah memperuntukkan peraturan dan hukuman yang ketat terhadap pelaku jenayah ini dan sekiranya ada keperluan hukuman itu akan ditambah lagi.

“Pihak kerajaan akan menambah jumlah denda dan hukuman sekiranya mendapat keperluan di masa akan datang dan kita akan bawa ke pengetahuan peguam negeri dalam usaha mengekang jenayah ini,” katanya.

Terdahulu pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan kematian seekor lagi gajah Borneo yang ditemukan di Sukau Kinabatangan kelmarin dan ia adalah penemuan yang keempat dalam tempoh dua bulan.

 

Leave a reply