Balik ke kampung ketika cuti Aidilfitri, tidak dibenarkan

Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti Aidilfitri tidak dibenarkan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
0
143

Putrajaya: Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti Aidilfitri tidak dibenarkan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Itu keputusan diambil walaupun kerajaan membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini.

Katanya, kerajaan hanya membenarkan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat lain.

“Majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang membabitkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

“Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, hari ini.

Muhyiddin berkata, buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi juga belum dibuka.

Comments are closed.