Bantuan COVID-19: Kerajaan Tidak Meminggirkan Golongan Pelajar

Beliau yang merupakan Ketua Armada BERSATU Libaran cukup optimis meminta kerjasama semua pihak khususnya masyarakat yang berada di Sandakan agar terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) sehingga ia berakhir.
0
696

“Terima kasih Kerajaan Persekutuan kerana turut memberi perhatian kepada semua lapisan anak muda lebih-lebih lagi peruntukan terbaru telah diumumkan bagi pelajar tingkatan enam, pelajar peringkat diploma dan yang setara termasuk institusi dibawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA. Diharapkan pelajar yang menerima bantuan ‘one-off’ RM200 ini berbelanja secara berhemah dan tidak menjadikan waktu PKP ini sebagai halangan untuk terus menimba ilmu pengetahuan. Saya dimaklumkan bahawa pihak institusi masing-masing telah melaksanakan inisiatif pembelajaran secara atas talian. Kepada pelajar Sabah yang ada di dalam kampus, sila jaga kesihatan diri dan ikuti arahan seterusnya daripada pihak kampus”, kata Sholehuddinnulfatih Mardin.

Beliau yang merupakan Ketua Armada BERSATU Libaran cukup optimis meminta kerjasama semua pihak khususnya masyarakat yang berada di Sandakan agar terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) sehingga ia berakhir.

“Kita tahu bahawa banyak yang terjejas disebabkan COVID-19 ini. Jika kita mahu menang medan peperangan COVID-19, kita semua perlu korbankan waktu kita seketika untuk bersabar dengan kekal duduk di rumah kediaman masing-masing serta ikuti saluran informasi yang sahih dan terkini agar tidak timbul sebarang keadaan panik” ujarnya lagi.

Sholehuddinulfatih juga mencadangkan sekiranya pelajar Sabah hendak dihantar pulang ke rumah masing-masing, pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu meletakkan satu garis panduan ataupun S.O.P yang jelas agar tiada kluster COVID-19 baharu wujud di Sabah.

#StayAtHome

#KitaJagaKita

#ARMADALibaran

Comments are closed.