Bantuan PPRT 2020 Kini Dibuka

Melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), kini mereka yang kurang berkemampuan boleh untuk memiliki rumah sendiri di bawah projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
0
1412

Melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), kini mereka yang kurang berkemampuan boleh untuk memiliki rumah sendiri di bawah projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal. Ianya bagi memenuhi objektif PPRT iaitu,meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

Melalui PPRT ini juga kerajaan akan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. Pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain atau milik kerajaan juga boleh mendapat manfaat dengan membuat surat bertulis.

 

SKOP BANTUAN PPRT

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

a. Bina Baharu
Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

b. Baik Pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
Penyelenggaraan; Penambahbaikan; dan Requisition;

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. (Sila rujuk senarai yang dibenarkan).

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.


KUMPULAN SASAR PENERIMA PPRT

-Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

-Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

-disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau

– diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau

-diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau

-diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:

– tidak mempunyai rumah;
– rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
– tidak ekonomik untuk dibaiki;
– memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
– pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran Muat Turun Di Bawah).

Syarat bantuan Baik Pulih:

-Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.

-Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

KEUTAMAAN PERMOHONAN BANTUAN PPRT
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
  • warga emas;
  • orang kurang upaya (OKU);
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang ditetapkan


BAGI PERTANYAAN LANJUT (SABAH)

Pengarah
Pejabat KPLB Negeri Sabah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
Jalan Karamunsing,
88100 Kota Kinabalu, SABAH


Tel : 088- 254 316 / 317
Faks : 088- 254 349

(SARAWAK)

Pengarah
Pejabat KPLB Negeri Sarawak, Tingkat 2 Blok Pentadbiran,
Kampus Infra Cawangan Sarawak,  Lot 8185, Blok 26,
Muara Tuang Land District, 94300 Kota Samarahan, SARAWAK
Tel : 082 258 813
Faks : 082 253 811

atau

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 Putrajaya, Malaysia

Telefon : 03-8000 8000
Emel : [email protected]

NOTA PENTING : Bagi membantu permohonan anda berjalan lancar, sila mendaftar di bawah e-kasih

SELAMAT MEMOHON BAGI ANDA YANG LAYAK.
SAMPAI DAN SEBARKAN KEPADA KELUARGA, RAKAN DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN KEMUDAHAN PPRT INI.

Comments are closed.