Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Peter Lo Meninggal Dunia

Ketua Menteri Sabah yang kedua, Tan Sri Peter Lo Su Yin meninggal dunia di Hospital KPJ, di sini malam tadi.
0
287

Ketua Menteri Sabah yang kedua, Tan Sri Peter Lo Su Yin meninggal dunia di Hospital KPJ, di sini malam tadi.

Mendiang berusia 96 tahun.

Merupakan peguam yang pertama di Sabah, Lo adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan Malaysia pada 1963. Kepakarannya dalam bidang perundangan mendorong Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) turut menggunakan khidmatnya merangka 20 Perkara yang melibatkan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia.

Pada tahun 1965, Lo yang menerajui SCA dilantik menjadi ketua menteri Sabah berikutan berlakunya kemelut antara ketua menteri pertama, Tun Donald (kemudiannya Fuad) Stephens dengan Tun Datu Mustapha Datu Harun, gabenor (Yang Dipertua Negeri) Sabah yang pertama selepas pembentukan Malaysia.

Lo meletakkan jawatan pada tahun 1967 apabila pilihan raya negeri berlangsung.

Comments are closed.