Belanjawan 2020 Diharap Realisasi Keperluan Rakyat Lahad Datu, Tungku dan Kunak

0
154

LAHAD DATU: Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Bahagian Silam Abdul Hakim Gulam Hassan berkata Belanjawan 2020 diharap dapat merealisasikan keperluan rakyat di sini.

Abdul Hakim

Menurutnya, beliau amat berterima kasih dengan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta Ketua Menteri kerana menterjemah keperluan dan hasrat rakyat dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lalu.

“Kami berterima kasih dan menghargai usaha kepimpinan mereka dengan peruntukan yang akan mengisi hasrat dan keperluan rakyat terutama di Sabah,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Hakim berkata, peruntukan yang terbesar untuk pendidikan sebanyak RM64.1 bilion mengkhususkan RM783 juta untuk baiki sekolah daif dan RM735 juta naik taraf sekolah. “Saya berharap ia akan memberi impak perubahan di sekolah-sekolah di sini dan sewajarnya sebuah Sekolah Menengah Agama dapat dibina untuk Lahad Datu kerana keperluannya mendesak yang tiada di sini,” katanya.

Kedua, Abdul Hakim berharap kem tentera dapat dilaksanakan pembinaannya segera di sini kerana ia amat penting demi keselamatan khususnya membasmi aktiviti jenayah tetutama ancaman militan rentas sempadan.

“Daerah Lahad Datu meliputi kawasan yang luas iaitu keluasan 7,444 kilometer persegi yang amat memerlukan keperluan asas bekalan air bersih dan jalan raya,” katanya.

Menurutnya, Lahad Datu yang merangkumi daerah kecil Tungku mempunyai jarak yang jauh untuk penugasan pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu.

Katanya, balai bomba di Lahad Datu terlalu uzur keadaannya dan ada bangunannya tidak selamat untuk dihuni lagi.

Manakala Tungku perlukan penempatan untuk pasukan itu berkhidmat di daerah kecil Tungku yang mempunyai keluasan 4,144 kilometer persegi yang dihuni lebih 95,000 orang.

Leave a reply