Belanjawan 2020: VOA Dikaji Semula

0
171

Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berkata, meskipun kadar fi visa VoA dikurangkan daripada RM330 kepada RM200, namun pelaksanaannya didapati masih membebankan pelancong dari kedua-dua negara tersebut yang juga antara majoriti pengunjung ke Malaysia.

“Kalau boleh VoA diberikan secara percuma kepada pelancong kerana apabila mereka datang ke Malaysia sudah semestinya mereka akan berbelanja. Jika kerajaan dapat kaji semula pelaksanaan VoA, akan menarik lebih ramai pelancong ke dalam negara kerana memperlihatkan Malaysia sebuah negara yang mengalu-alukan kedatangan pelancong,” katanya kepada BERNAMA.

Sementara itu, beliau berharap, kerajaan dapat melihat semula peraturan berkaitan industri pelancongan dari semasa ke semasa terutamanya membabitkan perkhidmatan baharu yang diperkenalkan oleh syarikat penginapan dan e-hailing.

Leave a reply