Belum Reda Virus Covid-19, China Bakal Diserang Ribuan Ekor Belalang Juta?

China ketika ini sedang berusaha dan bertukus lumus untuk mencari penawar yang betul-betul berkesan buat wabak coronvirus ini. Seperti yang sedia maklum, wabak Covid-19 ini dikatakan berasal dari negara China dan telah menyebabkan satu dunia terkesan dengan virus terbabit.
0
950

Masih lagi kalut dengan isu Covid-19, kali ini China dikatakan bakal diserang oleh ribuan ekor belalang spesis juta, yang kini sedang giat bermigrasi di kawasan selatan negara berkenaan.

Serangan belalang juta ini boleh dikatakan sangat mirip dengan kejadian yang berlaku di Afrika, yang boleh menyebabkan jutaan rakyat di sana mengalami gangguan bekalan makanan.

Disebabkan wilayah Tibet bersempadan dengan negara Pakistan, India dan Nepal, China dikatakan bakal turut terjejas kerana, ketiga-tiga negara ini merupakan kawasan pembiakan speasis belalang juta ini.

Namun negara China agak yakin bahawa mereka mampu mencegah serangga perosak ini dengan lebih baik, kerana China memiliki sistem pencegahan yang canggih.

Serangan belalang yang berlaku di Afrika tersebut juga dikatakan sebagai serangan paling teruk yang berlaku dalam beberapa dekad. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa belalang juta adalah “perosak migrasi paling bahaya di dunia.”

Sumber: Era Baru.

Comments are closed.