Berani Komen Gambar Puting Sharnaaz Ahmad Sekat Netizen

Baru-baru ini, foto yang dimuat naik oleh Sharnaaz Ahmad bersama-sama Shuib Sepahtu di Instagram mendapat perhatian ramai dimana pelakon itu memakai baju ketat berwarna putih sehingga menampakkan puting dadanya.
0
2719

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk menyekat netizen yang berani memberikan komen mengenai puting dadanya.

Difahamkan, foto itu diambil di Litar Antarabangsa Sepang ketika menyertai perlumbaan kereta Sepang 1000km Endurance Race 2019.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen pelakon itu dan ramai yang tidak berani meninggalkan komen ‘bukan-bukan’ selepas membaca amaran tersebut. Malah, Sharnaaz memaklumkan ramai netizen yang sudah disekat olehnya dan turut disertai ucapan tahniah.

Leave a reply