BTS UMUM CUTI REHAT PANJANG, MINTA SEMUA PEMINAT TAK GANGGU

Kumpulan Kpop, BTS, mengumumkan akan berehat untuk tempoh yang panjang daripada industri muzik.
0
319

Kumpulan Kpop, BTS, mengumumkan akan berehat untuk tempoh yang panjang daripada industri muzik.

Menerusi agensi yang menguruskan mereka, Bit Hit Entertainment, kumpulan tersebut direhatkan bagi memulihkan semangat sebelum kembali beraksi sebagai pemuzik dan pengubah.

“Ia juga masa untuk mereka menikmati kehidupan seharian sebagai jejaka di usia 20-an.

“Jika anda terserempak dengan BTS di lokasi yang tidak dijangka, kami mohon pertimbangan peminat untuk membiarkan anggota kumpulan ini sendirian,” kata agensi itu.

Terdahulu, kumpulan BTS dijangka akan membuat persembahan di Arab Saudi pada Oktober ini.

Sumber: Awani

Leave a reply