Covid-19: 10 rakyat Malaysia meninggal di New York

Sekurang-kurangnya 10 rakyat Malaysia yang tinggal di New York, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat Covid-19, menurut Persatuan Malaysia Amerika (MAA).
0
54

Sekurang-kurangnya 10 rakyat Malaysia yang tinggal di New York, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat Covid-19, menurut Persatuan Malaysia Amerika (MAA).

Malah, kata presiden MAA Kim Bong, dua daripadanya adalah anggota persatuan itu.

“Seorang pemilik restauran, sementara seorang lagi dijangkiti di subway (stesen kereta api),” katanya melalui wawancara telefon dengan The Star.

Kim juga berkata pasangan yang meninggal dunia termasuk pasangan Malaysia di kawasan Brooklyn.

“Kami terima panggilan memaklumkan kematian meraka minggu lepas,” katanya.

Setakat pengetahuannya, kata Kim, kira-kira 30 rakyat Malaysia dijangkiti penyakit itu di New York.

Media sedang c mendapatkan maklum balas rasmi daripada pejabat menteri luar Hishammuddin Hussein.

Setakat laporan itu ditulis, kematian akibat Covid-19 di New York kini sebanyak 23,282, dengan keseluruhan 360,000 jangkitan.

AS adalah negara yang mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi dengan lebih 1.7 juta orang dijangkiti dan lebih 100,000 kematian.

Sumber: Malaysia Kini

Comments are closed.