COVID-19: 172 kes baharu hari ini

Sebanyak 172 kes baharu dilaporkan hari ini dan kebanyakannya daripada individu yang ditahan di tiga Depoh Tahanan Imigresen.
0
64

PUTRAJAYA: Sebanyak 172 kes baharu dilaporkan hari ini dan kebanyakannya daripada individu yang ditahan di tiga Depoh Tahanan Imigresen.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 112 kes membabitkan tiga depoh berkenaan.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes berkenaan kerana depoh terbabit ialah tempat yang diasingkan daripada masyarakat dan ia sudah dikawal oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat sebanyak 32 kes sudah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,979 kes dan tiada kematian dilaporkan hari ini.

Comments are closed.