Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut

Menurut sekumpulan doktor, wabak pembunuh Covid-19 yang sedang menyerang dunia ketika ini, boleh merebak melalui kentut.
0
1239

Menurut sekumpulan doktor, wabak pembunuh Covid-19 yang sedang menyerang dunia ketika ini, boleh merebak melalui kentut.

Kajian yang dijalankan pada awal tahun ini mendapati bahawa virus tersebut terdapat pada najis lebih daripada separuh pesakit Covid-19.

Memetik laporan dailystar.co.uk, doktor turut memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran yang mampu menyebarkan bakteria.

Kumpulan doktor tersebut juga menggesa agar lebih banyak kajian perlu dibuat bagi membendung penularan wabak ini dengan mengurangkan gas dalam tubuh manusia.

Doctor Xander Van Tulleken, yang juga merupakan pengendali program Operation Ouch di bbcchannels, menyuarakan isu berkenaan kentut ini di media sosial.

“Doktor Tagg, dari Australia berkata ujian yang dilakukan awal tahun ini menunjukkan SARS-CoV-2 terdapat pada najis 55% pesakit yang dirawat.

“SARS-CoV-2 ini dapat dikesan pada najis dan telah dikesan pada individu yang tidak mempunyai gejala sepanjang tempoh 17 hari,” katanya memetik laporan DailyStar.

SumbeR: dailystar.co.uk , bbcchannels

Comments are closed.