COVID-19: Penggambaran filem, drama, iklan dibenar

Penggambaran filem, drama dan iklan mula dibenarkan beroperasi mulai Rabu minggu depan.
0
55

PUTRAJAYA: Penggambaran filem, drama dan iklan mula dibenarkan beroperasi mulai Rabu minggu depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka yang terbabit mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Aktiviti penggambaran ini mesti mematuhi SOP diputuskan terutama mengenai penjarakan sosial dan tidak boleh melakukan perhimpunan ramai,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memberi komitmen untuk membenarkan penggambaran filem dan drama berjalan selepas Aidilfitri.

Comments are closed.