Cristiano Ronaldo Dikuarantin

Cristiano Ronaldo dikuarantin di Madeira untuk beberapa hari namun tidak menunjukkan mempunyai simptom dijangkiti Covid-19 walaupun salah seorang rakan sepasukannya di Juventus didapati positif, jelas pihak berkuasa di Portugal.
0
276

“Ronaldo meninggalkan Itali beberapa hari lalu dan pengasingannya belum bermula lagi.

“Dia dan keluarganya bebas dari dijangkiti virus berkenaan,” kata anggota kerajaan Madeira yang bertugas di bahagian kesihatan, Pedro Ramos.

Pertahanan Juventus, Daniele Rugani sebelum ini didapati positif virus Covid-19 walaupun kelab berkenaan berkata pemain berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti.

“Pemain, staf dan siapa saja yang berhubung dengan Rugani secara sukarela mengasingkan diri. Ronaldo, berada di Madeira dan kekal di sana sehingga diberitahu,” kata kelab Serie A itu kepada AFP.

Ronaldo pulang ke kampung halamannya di Madeira minggu lalu untuk melawat ibunya yang diserang strok.

Comments are closed.