CURI BAYI DARI PERUT KAKAK

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Brazil, tergamak membunuh kakaknya yang sarat mengandung sebelum membelah perut mangsa bagi mengeluarkan bayi selepas diarah seorang wanita yang mahukan anak berkenaan.
0
317

RIO DE JANEIRO: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Brazil, tergamak membunuh kakaknya yang sarat mengandung sebelum membelah perut mangsa bagi mengeluarkan bayi selepas diarah seorang wanita yang mahukan anak berkenaan.

Menakjubkan apabila bayi berkenaan ditemui masih hidup dalam jagaan keluarga teman lelaki remaja itu yang turut terbabit dalam pembunuhan kejam berkenaan.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media Brazil.

Mangsa, Fabiana Santana, 23, hamil lapan bulan ketika kejadian di Porto Velho pada 18 Oktober lalu, dan seorang anak lelakinya berusia tujuh tahun turut maut akibat lemas dalam tasik ketika cuba menyelamatkan ibunya.

FABIANA bersama anak lelakinya yang turut maut dalam serangan kejam berkenaan.

Remaja perempuan itu membelasah kakaknya sampai mati di bahagian kepala menggunakan batang besi hinggakan wajahnya sukar dikenal pasti.

Dengan bantuan teman lelakinya, mereka membelah perut mangsa dan mengeluarkan bayi dalam kandungannya.

Susulan penemuan mayat Fabiana, polis menahan adik perempuan mangsa bersama teman lelakinya itu dan seorang lagi wanita dikenali sebagai Catia Rabelo yang dipercayai perancang pembunuhan itu.

Catia dipercayai mahukan bayi mangsa bagi memperdayakan teman lelakinya yang kaya bahawa anak berkenaan adalah hasil hubungan mereka.

Leave a reply