Dasar berkaitan pekerja asing hanya ditentukan Kabinet

Perubahan dasar berkaitan dengan pengambilan pekerja asing adalah perkara yang besar dan hanya boleh diputuskan oleh Kabinet.
0
111

Kuala Lumpur: Perubahan dasar berkaitan dengan pengambilan pekerja asing adalah perkara yang besar dan hanya boleh diputuskan oleh Kabinet.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini perkara berkaitan pekerja asing ketika Perintah Kawalan Pergerakan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia untuk membincangkannya.

“Jika ia membabitkan perubahan dasar maka terpaksa dibincangkan di Kabinet kerana ia membabitkan dasar yang besar.

“Pada masa ini, kita masih memerlukan pekerja asing kerana rakyat kita tidak mampu menampung sektor pekerjaan yang diisi warga asing,” katanya dalam sidang media khas selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Comments are closed.