Demi Rezeki, Lelaki Tua Meninggal Atas Motor Ketika Menjual Aiskrim

Pelbagai usaha dilakukan oleh setiap orang bagi mendapatkan pendapatan buat keluarga walaupun sedar diri sendiri sudah tidak mampu untuk mengerah kudrat yang hanya tinggal sisa.
0
3063

Mencari rezeki adalah tuntutan dalam kehidupan ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh setiap orang bagi mendapatkan pendapatan buat keluarga walaupun sedar diri sendiri sudah tidak mampu untuk mengerah kudrat yang hanya tinggal sisa.

Jual aiskrim menggunakan motorsikal

Menerusi satu perkongsian di laman sosial dari pengguna Facebook Indonesia, Eris Riwandi telah memuat naik beberapa gambar seorang lelaki yang telah meninggal dunia ketika sedang berjualan aiskrim diatas motosikal.

Situasi sedih itu telah dinyatakan menerusi kapsyen tersebut dengan memberitahu bahawa lelaki tua tersebut meninggal dunia ketika masih berada diatas motosikal yang tidak bergerak.

Masih bersandar di motor ketika ditemui tak bernyawa

Penjual aiskrim itu ditemui oleh orang awam apabila tidak mengalihkan kenderaannya ke tepi sedangkan dia langsung tidak bergerak.

Oleh sebab itu,pemandu kenderaan lain pergi melihat keadaannya dan nyata telah meninggal dunia dalam situasi masih duduk diatas motosikal.

Mengadu pening & sesak nafas sebelum ini

Kejadian tersebut didakwa berlaku di  Dusun Talunongko Desa Ledok Ombo Kec Sumber, Probolinggo, Indonesia. Menurut sumber daripada laporan media tempatan Indonesia, lelaki yang berusia 66 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau tanda-tanda dirompak.

Menerusi keluarganya pula, beberapa hari yang lepas lelaki tersebut ada mengadu bahawa berasa pening-pening dan sesak nafas susulan usianya yang sudah berumur namun masih kuat bekerja untuk keluarga dengan berjualan aiskrim.

Kisah tersebut sememangnya memberi kesedaran kepada semua bahawa masih ada individu yang sanggup berkorban demi mencari pendapat buat keluarga tersayang.

Sumber: Eris Riswandi, Suara Indonesia

Comments are closed.