DIDENDA RM5000 SIMPAN GAMBAR DAN VIDEO LUCAH

PADAH menyimpan gambar dan video lucah, seorang penoreh getah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub, hari ini.
0
403

RAUB: PADAH menyimpan gambar dan video lucah, seorang penoreh getah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub, hari ini.

Tertuduh, Ruziman Kamaruzaman, 27, dari Kampung Tersusun Jerkoh, Benta mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazelan Jamaludin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sembilan gambar dan satu video disimpan dalam telefom bimbit miliknya.

Dia melakukan kesalahan itu di hadapan premis membeli getah beku, Kampung Ulu Atok Sega jam 11.45 pagi, 5 September lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam rayuannya, Ruziman memohon hukuman terhadapnya diringankan atas alasan tiada pendapatan tetap.

“Saya menerima bahan lucah menerusi (aplikasi) Telegram,” katanya.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Mazelan turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Leave a reply