DIPINDAHKAN KE 10 PPS, 979 MANGSA BANJIR DI TENOM

Seramai 979 mangsa banjir daripada 276 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pada 5 petang tadi berikutan hujan lebat berterusan di kawasan Kemabong dan Melalap.
0
161

TENOM; Seramai 979 mangsa banjir daripada 276 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pada 5 petang tadi berikutan hujan lebat berterusan di kawasan Kemabong dan Melalap.

Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Tenom Mohd Zainal Sinsian ketika dihubungi berkata hujan sejak malam Selasa menyebabkan kawasan terlibat ditenggelami air.

Beliau berkata PPS yang dibuka ialah di Maugus, Gumisi Ulu, Gumisi Laut, Labut 2, Lalandang, Angalor, Labut 1, Pantugan Saga, Ponontomon dan Mandalom.

“Pihak bomba juga bersedia dan membuat pemantauan serta pemindahan sekiranya diperlukan di kawasan yang terjejas dengan banjir,” katanya.

Sementara itu, PPS Selagon di Beaufort turut dibuka semula pada 6.15 petang ini yang menempatkan empat mangsa dari sebuah keluarga.

Paras air Sungai Padas dan Membakut juga meningkat ke paras bahaya.

Comments are closed.