Ditahan 41 penyokong Harimau Malaya, Garuda

Seramai 41 penyokong yang menghadiri perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi ditahan polis selepas disyaki terlibat insiden kekecohan.
0
316

KUALA LUMPUR: Seramai 41 penyokong yang menghadiri perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi ditahan polis selepas disyaki terlibat insiden kekecohan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pihaknya menahan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan.

“Kesemua mereka ditahan untuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas selesai proses tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dicemari insiden kekecohan sejurus tamat perlawanan selepas berlaku provokasi antara dua kedua penyokong Malaysia dan Indonesia.

Leave a reply