Ditemui Di Bahu Jalan, Mayat Tanpa Pengenalan Diri

TAWAU: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui orang awam di bahu jalan Simpang Tun Fuad, Kilometer 71, Jalan Tawau-Kunak di sini pada Selasa.
0
225

TAWAU: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui orang awam di bahu jalan Simpang Tun Fuad, Kilometer 71, Jalan Tawau-Kunak di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira kira jam 2.30 petang itu, orang ramai menemui satu mayat tanpa pakaian terbaring di bahu jalan.

Ia dipercayai mangsa langgar lari berikutan terdapat serpihan kenderaan berada berhampiran dengannya.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat itu dan ia telah dihantar ke Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat.

Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian mulut sebelah kanan, kesan calar di bahagian kanan perut dan kedua belah kaki.

Menurut Peter, berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa, dipercayai ia adalah kes langgar lari dan pihaknya kini sedang mengesan pemandu yang terlibat dengan kemalangan maut tersebut.

 

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comments are closed.