Dr Mahathir Teruskan Perjuangan Dalam Politik Demi Selamatkan Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan diri untuk bertanding sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
0
200

Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan diri untuk bertanding sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebagai pengasas dan ahli pertama, beliau mahu menyelamatkan parti itu yang kini bekerjasama dengan kleptokrat dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan sekarang dari pintu belakang.

”Sertailah perjuangan kami untuk mengembalikan parti kita ke jalan yang benar,” tulis Dr Mahathir di Facebooknya.

Pada 24 Februari lalu, Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Bersatu, Datuk Marzuki Yahya mengesahkan bahawa Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

Namun perkara itu disanggah oleh Muhyiddin selaku Presiden Bersatu.

Kata Muhyiddin, beliau kini memangku jawatan Pengerusi parti itu  ekoran peletakan jawatan Dr Mahathir, selaras Fasal 16.9 perlembagaan BERSATU, yang menyatakan bahawa jawatan pengerusi akan kekal kosong sehingga pemilihan semula diadakan.

“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baharu.

“BERSATU belum mengadakan pemilihan untuk memilih pengerusi yang baharu, justeru saya selaku presiden memangku jawatan Pengerusi BERSATU sehingga pemilihan diadakan kelak,” kata Muhyiddin.

Comments are closed.