Dua beradik positif Covid-19 di Sabah

TUARAN: DUA kes baharu positif Covid-19 di daerah Tuaran, Sabah yang dilaporkan semalam adalah adik-beradik yang tinggal serumah.
0
55

TUARAN: Dua kes baharu positif Covid-19 di daerah Tuaran, Sabah yang dilaporkan semalam adalah adik-beradik yang tinggal serumah.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata dua kes berkenaan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.

“Mereka mempunyai kontak rapat dengan kes positif sebelum ini. Siasatan awal menunjukkan kemungkinan jangkitan tersebut berlaku disebabkan aktiviti luar berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan supaya kita dapat mengenalpasti punca sebenar jangkitan bagi kes ini,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Christina menyatakan kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, aktiviti kawalan dan pencegahan turut dipertingkatkan di lokasi kediaman pesakit berkenaan termasuklah lokasi lain yang dikenalpasti.

Terdahulu Sabah merekodkan sebanyak 353 kes semalam dengan pertambahan dua kes baharu.

Comments are closed.