Dua lelaki pukul warga Pakistan di Ranau,Sabah ditahan

Ranau: Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam selepas video mereka memukul dua lelaki Pakistan di Kampung Rinangkatan, Ranau, tersebar di laman sosial.
0
126

Ranau: Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam selepas video mereka memukul dua lelaki Pakistan di Kampung Rinangkatan, Ranau, tersebar di laman sosial.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pertengahan Mei lalu apabila berlaku salah faham menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau pada 8.20 malam kelmarin.

Katanya, laporan dikemukakan sebaik mangsa mendapati video terbabit tular di Facebook (FB) serta aplikasi Whatsapp.

“Pada 4.15 petang semalam, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat lokasi dan menahan dua warga tempatan berusia lingkungan 50 dan 60-an.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, orang ramai diminta menghentikan sebarang spekulasi dan memadam video terbabit bagi mengelak tafsiran salah pengguna laman sosial.

Comments are closed.