Enam maut kemalangan tiga kenderaan

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan enam maut di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu, Lahad Datu, hari ini, remuk teruk.
0
26

Lahad Datu: Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan enam maut di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu, Lahad Datu, hari ini, remuk teruk.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, kemalangan membabitkan Isuzu Dmax, Proton Saga dan sebuah lori.

Difahamkan, lori berkenaan terjunam ke dalam gaung sedalam 18 meter manakala dua lagi kenderaan remuk teruk di jalan raya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 8.51 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati tersepit di dalam ketiga-tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

“Semua enam mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu lori, seorang lelaki dan wanita yang menaiki Isuzu Dmax serta dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki Proton Saga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarulzaman berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.