EPL diteruskan tanpa penonton,secara langsung di televisyen

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka kembali bersiaran secara langsung di televisyen dalam beberapa minggu lagi.
0
161

LONDON: Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka kembali bersiaran secara langsung di televisyen dalam beberapa minggu lagi.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sudah diberi penerangan mengenai perancangan untuk perlawanan diadakan secara tertutup dan menyiarkannya secara langsung di televisyen.

Tindakan itu dilihat mampu menyuntik semula moral rakyat negara berkenaan selepas beberapa minggu menjalani perintah berkurung susulan pandemik COVID-19.

Selain bola sepak, tenis, kriket dan lumba kuda juga dijangka kembali bersambung mengikut syarat yang ditetapkan oleh menteri, Pegawai Kesihatan Awam England dan badan induk sukan.

Keutamaan adalah bagi membolehkan saingan musim ini ditamatkan.

Difahamkan, beberapa perlawanan akan disiarkan di platform awam bagi mengelak orang ramai berkunjung ke rumah rakan mereka sekiranya ia hanya disiarkan menerusi stesyen televisyen berbayar, Sky atau BT Sport.

Sukan akan menjadi salah satu daripada aktiviti pertama yang boleh kembali diadakan selepas penularan pandemik COVID-19 berbanding  bagi membuka semula pub, teater atau panggung wayang.

Comments are closed.