Gali Semula Mayat Isteri Sebab Rindu

Rasa cinta kepada isteri menyebabkan seorang suami di Myanmar sanggup tidur bersama rangka isterinya yang digali semula dari kubur sejak 16 tahun lalu.
0
1708

Rasa cinta kepada isteri menyebabkan seorang suami di Myanmar sanggup tidur bersama rangka isterinya yang digali semula dari kubur sejak 16 tahun lalu.

Odditycentral melaporkan, Le Van yang juga bekas anggota tentera berkahwin dengan isterinya pada 1975 sebelum wanita itu meninggal dunia pada 2003 ketika dia berada di luar daerah kerana urusan kerja.

Disebabkan hanya sempat melihat seketika sahaja wajah isterinya sebelum dikebumikan, Le Van banyak menghabiskan masa termasuk tidur di tepi kubur isterinya.

Namun, pada 2009, Le Van mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat keputusan untuk menggali semula kubur isterinya dan mengambil rangka untuk disimpan di dalam sebuah patung menyerupai seorang wanita.

Tindakan itu menyebabkan ahli keluarga yang lain terkejut dan memaksa lelaki terbabit menanam semula rangka isterinya itu, namun dia bertegas untuk tidur bersama ‘isterinya’ yang kini sudah masuk tahun ke-16.

Bukan saja mendapat tentangan keluarga, tindakan lelaki itu juga menyebabkan rumahnya tidak dikunjungi jiran kerana mendakwa rangka yang disimpan itu membawa penyakit.

Pihak berkuasa juga sudah beberapa kali datang ke rumahnya untuk memujuk supaya rangka itu ditanam, namun tindakan itu hanya sia-sia kerana lelaki itu tetap berkeras dengan keputusannya.

Pengerusi Bandar Ha Lam, Tran Trong Sanh berkata, ada ketikanya sewaktu dikunjungi pihak berkuasa, Le Van bersetuju untuk menanam semula rangka isterinya, tetapi penduduk mendakwa itu sekadar janji kosong.

“Kami sudah berusaha pelbagai cara untuk memastikan lelaki itu menanam semula rangka namun sehingga kini tidak berjaya. Pihak berkuasa juga sudah putus asa,” katanya.

Comments are closed.