Gempa bumi di Kota Marudu

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam tadi.
0
437

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam 12.48 malam, pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 22km Timur Laut, Kota Marudu.

Gegaran mungkin dirasai di persekitaran kawasan gempa itu.

Comments are closed.