HADIAHKAN BANGLO, MARK ADAM HARAP IBU PELUK ISLAM

Menerusi rakaman video, Mark telah membawa ibunya menaiki motor sambil matanya ditutup. Namun reaksi ibunya yang terpinga-pinga sebaik matanya dibuka dan melihat rumah barunya itu membuatkan Mark sebak.
0
727

Berpegang pada janji yang dibuat pada suatu ketika dulu, Mark Adam bersyukur akhirnya dapat menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibunya. Kejutan itu dibuat ketika pulang ke kampung halamannya di Cebu, Filipina.

Menerusi rakaman video, Mark telah membawa ibunya menaiki motor sambil matanya ditutup. Namun reaksi ibunya yang terpinga-pinga sebaik matanya dibuka dan melihat rumah barunya itu membuatkan Mark sebak.

“Ketika kanak-kanak, kami pernah tinggal setinggan yang hanya berlantaikan pasir, tanpa perabot, mahupun katil dan tilam. Saya berjanji dengan emak apabila besar, saya akan belikan dia sebuah rumah. Janji itu dibuat pada 1996″

Dalam masa sama, Mark berharap ibunya, Florenda Macaraig Echivarre memeluk Islam suatu hari nanti. Mark berkata, beliau tidak mahu memaksa tapi jika ianya terjadi, beliau merupakan orang yang paling gembira dengan berita itu.

“Ibu menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif selepas memeluk Islam. Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur”

“Apabila saya memeluk Islam pada 2003, saya menikmati ketenangan dan perubahan. Antara yang dipelajari adalah menghormati orang dan agama lain. Saya percaya Islam agama yang benar dan berdoa ibu mengikuti jejak langkah saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mark, beliau masih mempelajari dan mendalami bacaan Al-Quran dan bersyukur kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang cukup membantu dan menyokong niatnya untuk terus mendalami Islam.

 

Leave a reply