Individu Positif COVID-19 Akan Dibayar RM6,000

Sebuah bandar di wilayah Hubei iaitu pusat penyebaran wabak coronavirus (COVID-19), bersedia membayar penduduk sehingga 10,000 yuan (RM6,001) jika memberi semua maklumat berhubung simptom secara proaktif, sebaik sahaja disahkan positif virus.
0
261

Sebuah bandar di wilayah Hubei iaitu pusat penyebaran wabak coronavirus (COVID-19), bersedia membayar penduduk sehingga 10,000 yuan (RM6,001) jika memberi semua maklumat berhubung simptom secara proaktif, sebaik sahaja disahkan positif virus.

Bandar itu, Qianjiang yang memiliki jumlah penduduk seramai 1 juta terletak kira-kira 150 kilometer dari Wuhan, dan memiliki 197 kes setakat ini, membuatkan mereka menambah baik pendekatan bagi memastikan semua penduduk dijangkiti menerima rawatan sebaiknya.

Qianjiang adalah bandar terkini di rantau berkenaan yang menawarkan ganjaran wang tunai semata-mata untuk menggalakkan masyarakat setempat melakukan pemeriksaan perubatan secara sukarela.

Hubei mencatatkan lebih 65,000 kes dan kematian melebihi 2,600 akibat COVID-19.

Jumlah kematian di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 2,800 manakala kira-kira 80,000 penduduk dunia sudah dijangkiti virus itu.

Pasukan penguatkuasa Qianjiang yang menangani wabak terbabit menerusi satu notis berkata, penduduk akan menerima bayaran berjumlah 10,000 yuan sebaik sahaja disahkan positif COVID-19.

Bayaran itu bagaimanapun, tidak diberikan kepada penduduk yang pernah dijangkiti sebelum ini.

Individu yang masih belum disahkan pula akan menerima 1,000 yuan (RM600), manakala penduduk yang diisytiharkan sebagai disyaki akan diberi ganjaran (RM1,200).

Beberapa bahagian lain di Hubei, seperti Hanyang dan Huangguang turut menawarkan wang tunai kepada mana-mana individu yang secara sukarela menjalani pemeriksaan perubatan, namun jumlahnya adalah jauh lebih rendah, iaitu sekitar 500 yuan (RM300).

Comments are closed.