ISU PTI SABAH KERAJAAN NEGERI PERLU TANGANI SENDIRI

Masalah utama negeri, kerana tiadanya pangkalan data penduduk asing sejak daripada dahulu, kerana pendataan mereka hanya bergantung kepada rekod rasmi di pintu-pintu rasmi, manakala yang datang menerusi pintu belakang, tiada yang mengetahui, kerana tiadanya mekanisme yang mengurus pendataan mereka ini.
0
329

• KERAJAAN negeri perlu belajar daripada pengalaman lalu berkaitan pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin PATI) atau Pendatang Asing yang berada di negeri ini.

• Daripada dahulu, sejak masalah PTI atau PATI menjadi masalah di negeri ini, jabatan yang mengurus adalah jabatan pesekutuan menerusi Jabatan Imigresen, namun masalah PATI masih menghantui negeri.

• Pada masa sekarang, anggaran hanya dapat diberikan daripada 3.9 juta penduduk Sabah, hampir 800 ribu adalah penduduk asing, daripada 800 ribu itu, sekitar 123 ribu berdaftar pada imigresen. Manakala bakinya tersebar di seluruh Sabah.

• Masalah utama negeri, kerana tiadanya pangkalan data penduduk asing sejak daripada dahulu, kerana pendataan mereka hanya bergantung kepada rekod rasmi di pintu-pintu rasmi, manakala yang datang menerusi pintu belakang, tiada yang mengetahui, kerana tiadanya mekanisme yang mengurus pendataan mereka ini.

• Jika kerajaan negeri mengatur sendiri, maka berbagai pihak di bawah kerajaan negeri seperti ketua-Ketua Kampong, Jawatan Kuasa Keselamatan Kampong (JKKK) boleh menjadi sumber pendataan, dan seterusnya data yang berkaitan PTI ini boleh terus disalurkan menerusi pengkalan data.

• Kerajaan Negeri perlu menggunakan cara baharu ini, atas sebab mekanisme lama tiada-tiada keberkesanaannya.

• Mata dan telinga kerajaan adalah penduduk asal atau rakyat negeri ini, kerana mereka tinggal bercampur gaul dengan PATI khususnya di kawasan pinggir bandar, pinggir pekan atau pedalaman.

• Penduduk asal, mahir sangat mengenali, siapa jiran-jiran mereka, khususnya penduduk baru. Jika Kerajaan Sabah sendiri, mengurus, pendataan penduduk di kawasan kejiranan masing-masing, sudah tentu, kerajaan akan dapat mengetahui jumlah sebenar penduduk bukan rakyat, kalau pun tidak 100 peratus setidak-tidaknya mendekati jumlah sebenar.

• Pendataan jumlah penduduk menerusi ketua-ketua kampong atau JKKK, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah penduduk tanpa dokumen, kerana tidak timbul lagi masalah tidak mendaftar kelahiran, kerana ketua-ketua kampong atau pengerusi-pengerusi JKKK akan merekodkan setiap pertambahan jumlah warga atau penduduk yang mendiami mukim atau kampong masing-masing.

• Jika pangkalan data penduduk Sabah tersedia, maka kerajaan negeri boleh menyalurkan data tersebut kepada Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran negara, untuk proses “synchronise’ dengan pengkalan data yang disimpan pada dua jabatan tersebut.

• Kerajaan Sabah, perlu mempertimbangkan kaedah baru ini, jika mahu menyelesaikan masalah PATI di Sabah.

• Pengelibatan ketua-ketua kampong atau JKKK atau pemimpin masyarakat setempat, untuk membantu kerajaan mengawal kehadiran PATI di kawasan masing-masing, sebenarnya satu pendekatan yang wajar dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

Leave a reply