Jakim keluarkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di rumah

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan sekarang susulan penularan koronavirus (Covid-19).
0
52

Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataannya berkata, kit tersebut mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat serta khutbah hari raya.

“Oleh kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berlangsung dalam tempoh PKPB, maka kerajaan telah menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri secara sederhana dengan mengutamakan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam sahaja,” katanya.

Menurutnya, amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi bolehlah ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan.

“Saya dan seluruh warga Jakim turut mendoakan agar semua umat Islam dapat mengamalkan normal baharu dalam menyambut hari raya dan semoga negara kita kembali pulih daripada wabak Covid-19,” katanya.

Comments are closed.