Jangan Kecam Ustaz Ebit Lew

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada pihak seolah tidak berpuas hati dengan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew, malah menuduhnya sengaja mencari populariti. Lebih menyedihkan tuduhan liar itu dibuat oleh golongan agamawan.
0
313

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada pihak seolah tidak berpuas hati dengan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew, malah menuduhnya sengaja mencari populariti. Lebih menyedihkan tuduhan liar itu dibuat oleh golongan agamawan.

Tidak berpuas hati dengan pihak yang hanya tahu mengkritik dan mengecam Ebit Lew, pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil mempertahankan pendakwah bebas itu. Zarina berkata, Ustaz Ebit banyak memberi inspirasi kepadanya untuk melakukan kebajikan.

Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju turut menempelak golongan yang menganggap tindakan usaha Ustaz memuat naik foto menghulurkan sumbangan adalah riak tetapi ia adalah bukti bahawa segala dana disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, Zarina turut mengagumi pendekatan Ustaz Ebit yang disifatkan sangat mudah lembut dan disenangi ramai. Malah, sikap peribadinya turut digemari ramai kerana sangat menghormati masyarakat tidak kira bangsa atau pun agama.

Anju turut meluahkan rasa kesal apabila ada golongan agamawan mengecam Ustaz Ebit kerana tindakan itu sekaligus memberikan pandangan negatif oleh mereka yang bukan beragama Islam terhadap agama Islam.

Ustaz Ebit memohom maaf kepada semua pihak dan mengatakan dia tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa. Malah, Ebit turut mengingatkan dirinya bahawa bukan seorang ustaz tetapi seorang mualaf yang sedang mendalami agama Islam.

Comments are closed.