Jangan keliru antara PKP, PKPB

Rakyat diingatkan agar terus mematuhi peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta tidak keliru dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan mulai hari ini.
0
80

Putrajaya: Rakyat diingatkan agar terus mematuhi peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta tidak keliru dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan mulai hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun di bawah PKPB, fokus polis, tentera serta pihak berkuasa lain kini lebih kepada penguatkuasaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa.

Beliau berkata, ketika ini, ramai yang terkeliru seolah-olah Akta 342 itu sudah tidak berkuat kuasa disebabkan pelaksanaan PKPB.

“PKPB sama dengan pelaksanaan PKP-PKP lain dan pengingkaran terhadapnya akan dikenakan hukuman yang sama di bawah Akta 342.

“Walau nama PKP bertukar kepada PKPB ia tetap PKP, statusnya sama,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Comments are closed.