JHO LOW DIKESAN BELI HARTA DI CYPRUS

LOW Taek Jho atau Jho Low, 38, dikesan cuba membeli harta di Cyprus menggunakan nama individu tidak diketahui.
0
134

KUALA LUMPUR: LOW Taek Jho atau Jho Low, 38, dikesan cuba membeli harta di Cyprus menggunakan nama individu tidak diketahui.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, maklumat itu diperoleh selepas menahan individu yang mempunyai kaitan dengan Jho Low beberapa minggu lalu.

“Hasil dari tangkapan kita berjaya merungkai dan mendapatkan maklumat Jho Low sedang berusaha membeli harta di Cyprus.

“Pihak Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA) bekerja siang dan malam mengkaji petunjuk yang ada,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Manual Siasatan dan Buku Arahan Penyiasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Abdul Hamid berkata, beliau juga tidak bermaksud menyamakan Jho Low dengan beruang kerana dakwaan lelaki itu melakukan pembedahan plastik tidak dapat diterima.

“Saya tidak maksud sedemikian, alasan yang diberitahu susah untuk menjejak Jho Low antaranya kemungkinan dia melakukan pembedahan plastik.

“Dunia semakin canggih, maklumat cukup mudah diperolehi dan dilengkapkan (tapi) sekiranya (ada) alasan (kononnya) dia menjalani pembedahan sehingga boleh berubah, saya tidak boleh terima,” katanya.

“Dunia semakin canggih, maklumat cukup mudah diperolehi dan dilengkapkan (tapi) sekiranya (ada) alasan (kononnya) dia menjalani pembedahan sehingga boleh berubah, saya tidak boleh terima,” katanya.

“Tetapi saya amat kecewa apabila permintaan saya tidak dilayan dengan memberikan pelbagai alasan, sedangkan kita sudah bagi kerjasama yang baik kepada negara berkenaan,” katanya.

Leave a reply