JPN Sahkan SAJAT Lelaki, Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal

Difahamkan, Dr Zulkifli Mohamad sendiri bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam bagi mengetahui tentang status jantina usahawan tersebut yang selama ini menjadi tanda-tanya masyarakat.
0
99605

Kecoh mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Mekah, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.

Difahamkan, Dr Zulkifli Mohamad sendiri bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam bagi mengetahui tentang status jantina usahawan tersebut yang selama ini menjadi tanda-tanya masyarakat.

“Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.

“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki,” katanya.

Menurutnya lagi, pindaan jantina turut ‘tidak dibenarkan’ kecuali diperintahkan mahkamah. Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan adalah wajib bagi seorang transgender menunaikan umrah dengan jantina asalnya.

“Maka pendirian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya.

“Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah dia boleh dikenakan dam (denda) kerana melanggar umrah wajib,” katanya lagi.

Comments are closed.