JUDI DALAM WECHAT DAN TIK TOK,26 WARGA CHINA DITAHAN

Sindiket perjudian mempromosi dan menawarkan permainan judi menerusi aplikasi dalam talian TikTok dan WeChat terbongkar susulan penahanan 26 warga China di Seri Kembangan, di sini, semalam.
0
167

KUALA LUMPUR: Sindiket perjudian mempromosi dan menawarkan permainan judi menerusi aplikasi dalam talian TikTok dan WeChat terbongkar susulan penahanan 26 warga China di Seri Kembangan, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/ Gangsterism, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata 24 lelaki dan dua wanita berusia 16 hingga 42 tahun itu ditahan pada jam 11 malam.

“Sindiket beroperasi dengan menawarkan kegiatan pertaruhan dan mempromosi judi dalam serta loteri awam menggunakan aplikasi TikTok serta WeChat.

“Mereka memperdayakan kaki judi di China dengan mengatakan peluang menang adalah tinggi dan pelanggan perlu mencuba nasib,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket dipercayai beroperasi selama tiga bulan dan setiap transaksi perjudian hanya menggunakan mata wang Yuan.

“Setiap transaksi perjudian dibuat sindiket ini dipercayai dari negara China dan keuntungan diperoleh antara RM20,000 hingga RM25,000 sehari.

“Kita turut merampas pelbagai barangan seperti sembilan set komputer, tiga buah komputer riba serta 28 buah telefon bimbit,” katanya.

 

Rohaimi berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Leave a reply