KEMARUK MAHU SAIZ BESAR

0
1107

SUNTIKAN minyak tanah, minyak zaitun, minyak kasturi dan silikon adalah antara kegilaan sesetengah lelaki di negara ini yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk membesarkan zakar ke saiz yang diidamkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari sebenarnya mendapatkan ‘rawatan’ daripada terapi kosmetik tanpa tauliah itu mampu mengancam nyawa mereka dan paling mengerikan, kulit zakar yang rosak perlu dilapah, dibuang sepenuhnya dan digantikan menggunakan kulit peha.

Lebih membimbangkan apabila Pakar Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fam Xeng Inn mendedahkan aktiviti suntikan benda asing itu semakin menjadi ikutan apabila beliau perlu merawat 20 pesakit itu setahun sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, kemunculan benda asing seperti minyak tanah di dalam badan akan merangsang tindak balas sel darah putih mengelilinginya.

“Tindak balas itu akan membentuk ketulan keras di lapisan bawah kulit dikenali sebagai granuloma yang mengakibatkan zakar bengkak dan keras dengan rupa bentuk yang teruk.

“Pada peringkat awal selepas suntikan, zakar pesakit akan mencapai kekerasan memuaskan semasa ereksi,” katanya.

Dr Fam berkata, perkara itu akan memberi kepuasan kepada pasangan dan mereka akan berkongsi pengalaman bagus serta mengalu-alukan kawan mendapat suntikan.

Katanya, ada kes minyak disuntik mengalir ke bahagian testis dan melekat di telur menyebabkan kantung telur terpaksa dibuka.

“Apabila perkara buruk berlaku, mereka malu berjumpa doktor dan kembali berjumpa juruterapi tidak bertauliah untuk mendapatkan nasihat,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Fam menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan juruterapi tidak bertauliah sebaliknya bertemu pakar jika adai masalah.

Leave a reply