Kematian kedua akibat virus di luar pusat kawasan wabak

China sahkan kematian kedua yang berlaku di luar pusat kawasan wabak virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang menjangkiti ratusan mangsa, sekali gus menjadikan keseluruhan kematian setakat ini 26 orang.
0
260

China sahkan kematian kedua yang berlaku di luar pusat kawasan wabak virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang menjangkiti ratusan mangsa, sekali gus menjadikan keseluruhan kematian setakat ini 26 orang.

Wakil pegawai menyatakan bahawa 24 kematian berlaku di pusat bandar Wuhan iaitu Hubei, kawasan yang dikenal pasti sebagai pusat wabak berkenaan.

Menurut kerajaan tempatan, kematian itu dicatatkan berlaku di wilayah Timur Laut Heilongjiang yang bersempadan dengan Russia, iaitu kira-kira 2,000 kilometer (km) dari Wuhan.

Sebelum ini, kematian pertama di luar pusat kawasan wabak membabitkan lelaki warga emas berusia 80 tahun yang disahkan maut akibat virus terbaru itu di utara Wilayah Hebei, Rabu lalu.

Wilayah Hebei yang bersempadan dengan Beijing, membatalkan beberapa acara sambutan Tahun Baharu Cina, manakala Forbidden City iaitu antara mercu tanda budaya paling terkenal di China juga ditutup sehingga notis selanjutnya dalam usaha mencegah virus itu tersebar.

Jutaan penduduk ‘terkurung’ di Hubei berikutan penutupan operasi pengangkutan awam di lapan buah bandar di seluruh wilayah itu. Wuhan juga berada dalam ‘pengasingan’,

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Jumaat mengesahkan bahawa kes akibat virus itu sudah meningkat kepada 830.

Comments are closed.